Events Calendar

Download as iCal file
Kolej Cempaka ubah legasi MRB
Monday 11 September 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2640
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
MRB1.png

MRB2MRB3MRB4MRB5MRB7MRB8

MRB9MRB10MRB12

KOTA SAMARAHAN, 11 September 2017 : Kolej Cempaka mengubah legasi Malam Rumpun Budaya (MRB) UNIMAS tahun ini apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan sekaligus membawa pulang  Piala Pusingan ‘ Sri Kandil Kencana Pokta’ , malam tadi.

Selepas tiga tahun mempertahankan Piala Pusingan tersebut, Kolej Allamanda akur dengan kejayaan Kolej Cempaka, dengan menyaksikan piala tersebut diserahkan oleh Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS, Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman kepada juara baharu tersebut.

Kolej Cempaka turut menjuarai kategori tarian, diikuti tempat kedua oleh Kolej Tun Ahmad Zaidi dan tempat ketiga, Kolej Bunga Raya.

Manakala kategori akustik dimenangi oleh Kolej Bunga Raya, tempat kedua dimenangi oleh Kolej Cempaka dan tempat ketiga, Kolej Tun Ahmad Zaidi.

Sementara kategori laungan sorakan dimenangi oleh Kolej Sakura, kedua, Kolej Alamanda dan tempat ketiga dimenangi oleh Kolej Tun Ahmad Zaidi.

Malam Rumpun Budaya (MRB) merupakan pertandingan kebudayaan di antara kolej-kolej kediaman di UNIMAS dan sempena dengan Minggu Aluan Pelajar, UNIMAS sebagai pendedahan kepada pelajar yang baru mendaftar terhadap budaya yang wujud di negeri Sarawak, khususnya para pelajar yang datang dari Semenanjung Malaysia dan pelajar antarabangsa.

Ianya juga merupakan satu platform terbaik untuk memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar menerusi pertandingan-pertandingan yang diadakan.

MRB juga merupakan ruang yang ideal kepada semua pelajar untuk mengenali budaya dari negara-negara lain dengan adanya kumpulan pelajar antarabangsa yang akan mempamerkan kebudayaan mereka yang tersendiri.

Untuk MRB kali ini, lima buah kolej kediaman iaitu Kolej Cempaka, Kolej Bunga Raya , Kolej Alamanda , Kolej Sakura dan Kolej Tun Ahmad Zaidi telah menyertainya.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.AT

 
Attachment(s):
 
 
Demo