Events Calendar

Download as iCal file
Bahagian Canselori ungguli kemenangan
From Tuesday 11 July 2017 -  03:00pm
To Wednesday 12 July 2017 - 05:00pm
Hits : 3214
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
menang ngabang1.png

menang ngabang2menang ngabang3

menang ngabang4menang ngabang5

 

KOTA SAMARAHAN, 11 Julai 2017: Bahagian Canselori menggungguli kejuaraan apabila berjaya mendapat dua tempat pertama dan dua naib johan dalam pertandingan Kumang dan Keling, Raja Songket dan Ratu Keringkam pada Majlis Ngabang Raya UNIMAS 2017, hari ini.

Lau Yat Ling berjaya bergelar Ratu Keringkam manakala Merleeni Bulan Martin bergelar Ratu Kumang, kedua-duanya dari Bahagian Canselori serta menumpaskan empat pesaing lain dalam kategori masing-masing.

Naib juara Kumang pula ialah Whilemena Upam Herman Ulok dari Pusat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni manakala tempat ketiga ialah Anna Alicia ak Ignatius dari Pejabat Pembangunan.

Naib juara Ratu Keringkam pula ialah Norazlina Abdul Rahman dari Pusat Khidmat Maklumat Akademik dan tempat ketiga, Norzaitul Jamali dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif.

Manakala juara bagi Keling pula disandang oleh Alexander Chelum dari Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Naib Juara disandang oleh Justin Moris dari Bahagian Canselori dan tempat ketiga, Dessmon Weydon anak Ajong dari Pusat Khidmat Pelajar.

Sementara itu, Mohd Amin Mohd Ismail mewakili Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni dipilih sebagai Raja Songket diikuti naib juara oleh Khairul Izwan Rosli (Bahagian Canselori) dan Hairullizam Azemi (Fakulti Ekonomi dan Perniagaan).

Juara bagi setiap kategori telah menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM500, piala dan selendang, manakala tempat kedua, memenangi wang tunai sebanyak RM400, piala dan selendang serta tempat ketiga mendapat wang tunai sebanyak RM300, piala dan selendang.

Turut disampaikan ialah pertandingan Glamshoot 2017 yang telah dimenangi oleh Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, tempat kedua disandang oleh Pusat Pembelajaran Gunaan dan Multimedia dan tempat ketiga dimenangi oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi.

Manakala teratak manah terbaik pada Ngabang Raya UNIMAS 2017 pula dimenangi oleh Pusat Khidmat Maklumat Akademik, tempat kedua oleh Pejabat Pembangunan dan ketiga dimenangi oleh Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi serta isteri, Datin Kartini Ahmad.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo