Events Calendar

Download as iCal file
Dua puluh finalis Kumang dan Keling, Raja Songket dan Ratu Keringkam berentap esok
Monday 10 July 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 5471
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
kumang1.png

kumang2kumang3

 

KOTA SAMARAHAN, 10 Julai 2017 : Lima belas peserta berjaya melangkah ke peringkat akhir pertandingan Kumang dan Keling, Raja Songket dan Ratu Keringkam yang akan diadakan esok hari sempena dengan Majlis Ngabang Raya UNIMAS 2017 di DeTAR PUTRA UNIMAS.

Pagi tadi berlangsung pra-pemilihan finalis untuk tiga kategori pertandingan tersebut iaitu Kumang, Raja Songket dan Ratu Keringkam yang diadakan di Dewan Kristal, Bangunan Hal Ehwal Pelajar UNIMAS.

Antara yang terpilih untuk ke peringkat akhir bagi kategori Raja Songket ialah Mohd Amin Mohd Ismail mewakili Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Khairul Izwan Rosli (Bahagian Canselori), Hairullizam Azemi (Fakulti Ekonomi dan Perniagaan), Asha Khairullah Abdollah (Pusat Pembangunan dan Khidmat Teknologi Maklumat) dan Muhammad Wahizul Haswan Abdul Aziz ( Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan).

Manakala barisan finalis Ratu Keringkam pula ialah Norashikin Fauzi dari Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Norzaitul Jamali ( Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif), Lau yat Ling ( Bahagian Canselori), Nerazlina Abdul Rahman ( Pusat Khidmat Maklumat Akademik) dan Sharifah Nurlida Wan Fauzi ( Pusat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni).

Finalis bagi Kumang pula ialah Merleeni Bulan Martin ( Bahagian Canselori), Whilemena Upam Herman Ulok ( Pusat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Hejilda Hendrick ( Pusat Khidmat Maklumat Akademik), Shafflene Samen ( Fakulti Ekonomi dan Perniagaan) dan Anna Alicia ak Ignatius ( Pejabat Pembangunan).

Untuk setiap kategori, hadiah bagi tempat pertama ialah wang tunai sebanyak RM500, piala dan selendang, manakala tempat kedua, memenangi wang tunai sebanyak RM400, piala dan selendang serta tempat ketiga mendapat wang tunai sebanyak RM300, piala dan selendang.

Majlis Ngabang Raya UNIMAS 2017 merupakan acara universiti yang diadakan bagi meraikan gabungan dua perayaan iaitu sambutan Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri dengan bertemakan ‘ Colours of Sarawak’ pada tahun ini.

Tetamu kenamaan yang dijangka hadir ke majlis ini ialah Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak merangkap Canselor UNIMAS, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Raghad Kurdi Taib.

Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo