Events Calendar

Download as iCal file
Epik Kejayaan : Komitmen ditunjukkan semasa berkhidmat jadi contoh terbaik
Tuesday 04 July 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2269
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
hjburn1.png

hjburn2hjburn3

KOTA SAMARAHAN, 4 Julai 2017 – Satu majlis makan malam bagi meraikan persaraan Pendaftar UNIMAS, Tuan Haji Abu Bakar bin Ibrahim telah diadakan malam tadi.

Majlis makan malam tersebut telah dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS (LPU), Dato' Hatta Solhi dan Naib Canselor UNIMAS, Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Tuan Haji Abu Bakar Ibrahim memulakan tugas di UNIMAS pada tahun 1993 dan sebelum itu pernah memegang beberapa jawatan lain di beberapa buah Jabatan dan Kementerian seperti Jabatan Orang Asli, Johor, INTAN dan Pejabat Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak.

Dalam ucapan ringkas, Naib Canselor mengucapkan penghargaan dan terima-kasih kepada Tuan Haji Abu Bakar atas kerjasama dan komitmen tinggi yang beliau tunjukkan semasa berkhidmat di Universiti ini.

Beliau berkata, kreadibiliti, kesetiaan dan pengorbanan yang dicurahkan oleh Tuan Haji Abu Bakar sama ada menerusi sumbangan idea dan sokongan, sesungguhnya  diiktiraf oleh warga universiti ini.

“Pengorbanan beliau dalam membantu UNIMAS sepanjang tempoh perkhidmatan adalah amat dihargai. Pengorbanan beliau seperti satu cerita epik kejayaan UNIMAS pada masa akan datang.

“Bahkan, kita yakin pengorbanan ini akan menjadi contoh  cemerlang kepada staf-staf UNIMAS yang lain,” sambung beliau lagi.

Dalam majlis itu turut diadakan majlis kejutan sambutan hari jadi Tuan Haji Abu Bakar.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan-timbalan Naib Canselor, Ahli-ahli LPU, Dekan-dekan, Pengarah-pengarah, Pegawai-pegawai UNIMAS lain, isteri Pengerusi LPU, Datin Mariam Haji Dawood, isteri Naib Canselor, Datin Kartini Ahmad dan isteri Tuan Haji Abu Bakar, Puan Hajah Norizan bt Che Yusoff.


Artikel oleh : Sarena Haidir

Foto oleh : Azlandy M.A.T

 
Attachment(s):
 
 
Demo