Events Calendar

Download as iCal file
Anggota Keselamatan UNIMAS Tamat Kursus Latihan Asas Polis Bantuan
Wednesday 24 May 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 8396
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
tamatpolis1.jpg

tamatpolis3tamatpolis4

 

KOTA SAMARAHAN, 24 Mei 2017 : Seramai 37 anggota keselamatan UNIMAS yang terdiri dari 30 lelaki dan 7 wanita telah berjaya menamatkan Kursus Latihan Asas Polis Bantuan Siri 1/2017 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuching pada 19 Mei 2017 setelah menjalani kursus selama dua bulan sejak pertengahan Mac lepas.

Mereka merupakan antara 266 orang pelatih yang mengikuti latihan berkenaan yang melibatkan tiga belas agensi antaranya UNIMAS (37), Jabatan Ketua Menteri (4), Sarawak Oil Palms Berhad (33), TA Ann Holdings Berhad (67), Bintulu Port Holdings Berhad (7), Palmhead Management & Consultancy Sdn. Bhd (10), Shell MDS (Malaysia) Sdn. Bhd (2), Telekom Malaysia (3), Jabatan Kerja Raya (9), SALCRA (12), BLD Plantation Berhad (74), KTS Group Of Companies Sdn. Bhd (5),  dan Tanjung Manis Integrated Port Sdn. Bhd (3).

Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Polis Bantuan Siri 1/2017 dijalankan di Dataran Padang Kawad, Kompleks Pentadbiran PULAPOL Kuching dan telah disempurnakan oleh Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak, YDH SAC Shafie Bin Ismail,

Hadir bersama pada majlis tersebut adalah ACP Mohamad Yusof Bin Saiee, Timbalan Ketua Cawangan Khas IPK Sarawak Dan Supt Munsang Anak Sabai, Timbalan Komandan (Latihan) PULAPOL Kuching.

Pada majlis tersebut, agensi UNIMAS telah  merangkul dua (2) daripada tiga (3) anugerah yang dipertandingkan iaitu Insp. PB Raja Norazizah Binti Raja Harun, 28 tahun sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan Latihan dan L.Kpl PB Veronica Anak Rantis, 35 tahun sebagai Pelatih Terbaik Akademik manakala PB Allowist Anak Alton, 20 tahun dari BLD Plantation Berhad sebagai Pelatih Terbaik Latihan Luar.

Walaupun tempoh latihan terlalu singkat, pelatih juga telah didedahkan dengan kepelbagaian aspek yang merangkumi kemahiran berkawad, kemahiran berenang, kemahiran seni mempertahankan diri dan turut mempelajari teknik penggunaan T-Baton bagi berdepan cabaran karier kepolisan.

Disamping itu, pelatih turut diterapkan dengan ilmu pengetahuan undang-undang yang berkaitan seperti Akta Polis (AKTA 344), Kanun Kesiksaan (AKTA 574) dan Kanun Prosedur Jenayah (AKTA 593) & Kaedah-kaedah selain daripada aktiviti fizikal yang menjadi asas pembentukan disiplin dan penggunaan senjata api.

Kewujudan Polis Bantuan UNIMAS telah mendapat kelulusan penubuhannya pada 18 Mei 2015 dan telah mendapat sokongan penuh daripada Pihak Pengurusan Tertinggi UNIMAS dan berjaya memainkan peranan masing-masing sejajar dengan objektif penubuhannya dalam membantu kawalan keselamatan di universiti.

Kerjasama yang sedia terjalin antara pasukan Polis Di Raja Malaysia dan Polis Bantuan boleh menjadi pemangkin ke arah kecemerlangan bagi memberikan perkhidmatan dan keberkesanan tugas.

Pelantikan Polis Bantuan yang dibuat mengikut Seksyen 50 Akta Polis 1967 itu menetapkan peraturan tertentu dan para anggotanya perlu menjalankan tugas mengikut kuasa yang ditetapkan. Polis Bantuan juga perlu menjadi 'mata dan telinga' polis dengan bekerjasama menyampaikan maklumat berkaitan kes jenayah.

Dengan adanya latihan ini, pihak UNIMAS yakin bahawa anggota pasukan PB UNIMAS dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam tugas kepolisan dan seterusnya dapat mengawal keadaan keselamatan dalam kampus dengan lebih efektif dan berkesan.

 
Attachment(s):
 
 
Demo