Events Calendar

Download as iCal file
Program sejenak bersama Dato’ Ustaz Kazim Elias
Monday 27 March 2017, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1581
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
kazem5.png

kazem1kazem2

 

kazem3kazem4

KOTA SAMARAHAN,  27 Mac 2017 - Program Sejenak Bersama Ulama’ 3.0 : Dato’ Ustaz Kazim Elias telah diadakan di Arena Gemilang, Bangunan DeTAR PUTRA, UNIMAS pada 25 Mac 2017 (Sabtu) bersamaan 26 Jamadilakhir 1438H.

Program Sejenak Bersama Ulama’ 3.0 : Dato’ Ustaz Kazim Elias ini merupakan program anjuran Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS dan Canselori UNIMAS dengan kerjasama Majelis Dakwah Suraj dan Majlis Perwakilan Pelajar.

 Program ini diadakan sebagai melahirkan rasa kesyukuran bersempena dengan Sambutan Ulangtahun Yang ke-25 Tahun UNIMAS dan juga merupakan program kesinambungan daripada Sejenak Bersama Ulama’ 1.0 dan 2.0 yang telah diadakan sejak 2 tahun yang lepas.

Di antara objektif program ini diadakan adalah melahirkan rasa kesyukuran dalam kalangan staf dan pelajar sempena ulangtahun yang ke 25 UNIMAS, juga memberi peluang kepada staf, pelajar dan pihak pengurusan tertinggi UNIMAS untuk mengeratkan silaturahim serta dapat menyemai semangat cintakan ilmu termasuklah kepada masyarakat sekitar UNIMAS.

Oleh kerana bersempena 25 tahun UNIMAS, pada tahun ini, penganjuran program ini diberikan kelainan dengan menjemput warga masyarakat di sekitar UNIMAS dan program ini diadakan di DeTAR Putra bagi menampung anggaran kehadiran yang lebih ramai.

Majlis ini turut dihadiri oleh Naib Canselor UNIMAS,  Profesor Dato' Dr. Mohamad Kadim Suaidi, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Pengarah-pengarah, kakitangan UNIMAS, Pelajar-pelajar UNIMAS dan penduduk setempat.

 
Attachment(s):
 
 
Demo