Events Calendar

Download as iCal file
Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-30 UNIMAS
Monday 03 January 2022, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1284
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Pic1-min-min.JPG

KOTA SAMARAHAN, 20 Disember 2021:  Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-30 UNIMAS telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong bin Mat Jeraie di Dataran Canselori UNIMAS, pagi tadi.

Dalam pelancaran tersebut turut diadakan perasmian dua jabatan baharu dan satu institut di UNIMAS iaitu Jabatan Pendidikan dan Pengajian Islam, Jabatan Perakaunan dan Institut Kelestarian dan Tenaga Boleh Diperbaharui atau ISURE (Institute of Sustainable and Renewable Energy).

Jabatan Pendidikan dan Pengajian Islam di Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia (FSKPM), akan menawarkan Program Sarjana Muda (Pendidikan Islam) bermula sesi 2022/2023 dan standard Pendidikan telah ditentukan oleh kerangka Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dengan lebih kurang 30 pelajar akan ditawarkan tempat pada kohort pertama kelak.

Manakala Jabatan Perakaunan dibawah Fakulti Ekonomi Perniagaan (FEP), menawarkan Program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian), mula ditawarkan pada sesi 2012/2013 telah mendapat akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia pada tahun 2016 serta akreditasi bersyarat daripada Institut Akauntan Malaysia (MIA) pada tahun 2021.

Kedua-dua program di jabatan baharu diharap dapat memperkasa dan meningkatkan jumlah graduan dan kualiti program di UNIMAS serta dapat membantu dan menyokong hasrat Sarawak untuk menjadi sebuah Negeri Maju menjelang tahun 2030.

Ia juga membuktikan komitmen UNIMAS dalam mentransformasikan kualiti pendidikan selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Manakala ISURE yang merupakan penaiktarafan kepada Centre for Renewable Energy (CREN) yang telah ditubuhkan pada tahun 2009 di bawah Fakulti Kejuruteraan akan membantu UNIMAS menjadi sebuah institusi pengajian tinggi yang akan memartabatkan bidang penyelidikan tenaga boleh diperbaharui khususnya teknologi hijau, kecekapan tenaga, solar dan hidrogen.

Dalam majlis sama, Naib Canselor, Datuk Profesor Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata, nilai-nilai teras Universiti iaitu Integriti (integrity), Inovasi (innovative), Keikhlasan (sincerity), Ketabahan (perseverance), dan Keserakanan (collegiality) dalam kalangan warga Universiti telah memacu pencapaian demi pencapaian UNIMAS setiap tahun.

“Kita dapat menelusuri perkembangan UNIMAS dari sebuah Rumah Setia, Taman Budaya di Bandaraya Kuching sehinggalah UNIMAS beroperasi sepenuhnya di Kampus Timur, Kota Samarahan pada tahun 1993.

“Kini, universiti ini berwajah baharu, berubah ke bentuk bangunan yang konkrit, akses kemudahan insfrastruktur yang kondusif, seluruh warganya pula teguh terus mara dalam mencipta kejayaan demi kejayaan,” katanya lagi.

UNIMAS telah mencapai kejayaan antaranya menjadi universiti pertama yang disenaraikan dalam The World University Rankings di rantau Borneo di samping menjadi sebuah universiti komprehensif yang amat signifikan kepada pembangunan komuniti dan Negeri Sarawak selepas dinobatkan antara 1001 Universiti terbaik di peringkat antarabangsa.

Selain itu, UNIMAS telah mendapat peruntukan pembinaan Hospital Pengajar UNIMAS melalui pelan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang kondusif kepada penduduk setempat khususnya di Kota Samarahan.

Justeru,  Naib Canselor berharap pencapaian-pencapaian  tersebut dapat menjadikan UNIMAS sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi contoh dan dirujuki bukan hanya di Malaysia, bahkan di peringkat antarabangsa.

image 2 compressed 

image 1 compressed

 
Attachment(s):
 
 
Demo