Events Calendar

Download as iCal file
Walkabout Sentuhan Kasih Mahasiswa @ KPT Prihatin di UNIMAS
Sunday 24 October 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1640
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2021-10-24 at 11.34.51.jpeg

Datuk Seri Dr. Noraini menjalankan amanat Aspirasi Keluarga Malaysia 100 Hari KPT dengan menyampaikan kit ujian Rapid Test Kit (RTK) untuk kegunaan pelajar melalui RTK@CAMPUS, dan baucar makanan untuk FOOD@CAMPUS yang merupakan inisiatif kementerian kepada pelajar-pelajar IPT yang terpilih dan bersasar pada semester 1 2021/2022. Dianggarkan sebanyak RM300,000 telah diperuntukkan untuk FOOD@CAMPUS UNIMAS sepanjang semester 1 2021/2022, melibatkan seramai 250 orang pelajar UNIMAS terdiri daripada kumpulan B40 yang dijangka akan menerima e-baucar tersebut.

Untuk memperkasakan sistem penyampaian bantuan kepada pelajar UNIMAS, Pusat Khidmat Pelajar (PKP) dan Pusat Pembangunan dan Khidmat Teknologi Maklumat (CITDS) UNIMAS telah membangunkan Aplikasi FOOD@CAMPUS di mana agihan bantuan makanan akan dibuat melalui aplikasi berkenaan melalui kaedah QR Code.

Pelajar-pelajar B40 diberikan keistimewaan kembali ke kampus untuk menjalani pengajian secara hibrid atau atas talian dengan menggunakan fasiliti internet di Kolej-kolej Kediaman UNIMAS dan juga diberikan bantuan baucar makanan untuk memastikan mereka dapat meneruskan kelangsungan kehidupan sebagai pelajar yang sejahtera di kampus.Disamping itu, YBM KPT menggalakkan warga kampus untuk mengambil peluang kemudahan inisatif VACC2CAMPUS #KPTPrihatin iaitu pemberian vaksin kepada warga IPT.

WhatsApp Image 2021 10 24 at 11.46.24

YBM Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad menyantuni pelajar-pelajar di kolej

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo