Events Calendar

Download as iCal file
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan FPSK
Friday 02 August 2019, 08:00am
Hits : 1170
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
FPSK Bil.2 2019 ke-2.jpg

26 Julai 2019 @ Jumaat: Pihak FPSK telah mengadakan mesyuarat JKKP untuk sukuan yang ke-3 tahun 2019. FPSK adalah merupakan salah satu tempat kerja yang mempunyai peralatan dan bahan-bahan yang mempunyai impak yang tinggi terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Antaranya ialah seperti pengendalian virus, ubat-ubatan serta bahan-bahan kimia. Walaupun kuantiti adalah sedikit tetapi kesannya adalah yang sama.

Antara perkara yang menarik ialah isu berkaitan dengan biosafety dan biosecurity. Dua perkara yang saling berkaitan dalam pengurusan makmal-makmal yang berisiko tinggi. Secara ringkas, biosafety merujuk kepada pengurusan bahan-bahan berisiko tinggi dan penyediaan peraturan dan langkah-langkah kawalan penggunaan dan pelan mitigasi sekiranya wujud keadaan berbahaya, contohnya pelepasan bahan toksik. Sementara biosecurity pula merujuk kepada langkah-langkah kawalan yang bertepatan bagi mengujudkan hadangan (barrier), contohnya kawalan keluar/masuk (sistem access door) dan laluan yang terpisah (bukan laluan umum).

Untuk isu biosafety, pihak JKKP bersetuju agar penekanan diberi untuk perolehan biosafety cabinet. Dua isu utama dalam perolehan ialah berkenaan dengan standard yang boleh digunapakai dan penyelenggaraan peralatan. JKKP berpendapat bahawa penekanan perlu diberi kepada isu penyelenggaraan biosafety cabinet, sama ada terdapat kepakaran tempatan atau dalam negara atau perlu perkhidmatan dari luar negara. Ini adalah untuk menjamin agar biosafety cabinet adalah sentiasa selamat untuk digunakan dan menyimpan bahan-bahan yang berisiko tinggi. Usaha-usaha JKKP dan FPSK ini boleh dikembangkan dan boleh dijadikan rujukan untuk keadaan seumpama yang wujud di FIBP yang lain.

 
Attachment(s):
 
 
Demo