Events Calendar

Download as iCal file
Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihataan Pekerjaan FK
Monday 29 July 2019, 08:00am
Hits : 1148
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
FK Jul 19 1.jpg

23 Julai 2019 @ Jumaat: Pihak FK telah mengadakan mesyuarat JKKP untuk sukuan yang ke-3 tahun 2019. Dari segi KKP, FK adalah merupakan PTj yang mempunyai penglibatan ahli yang paling ramai; sesuai dengan pengelasan sebagai salah satu tempat kerja berisiko tinggi di UNIMAS. Pendedahan terhadap risiko dari penggunaan peralatan kimpalan, mesin tekanan tinggi (high pressure vessel), mesin pemotong (cutter), mesin pengisar (grinder), mesin-mesin penyelidikan, peralatan elektrik dan pengendalian bahan kimia memerlukan pengguna (staf dan pelajar) memahami tujuan langkah-langkah kawalan, menilai kesan (cedera) dan akibat (kelalaian/kegagalan pematuhan) supaya risiko terhadap keselamatan dan kesihatan pekerja (KKP) dapat dikawal.

Dari perspektif KKP, kejadian nyaris (near miss) adalah sama dan hendaklah dilihat sebagai suatu insiden sebenar. Semua kejadian nyaris (near miss) hendaklah direkod dan dilapor; siasatan dijalankan untuk mengenalpasti punca kejadian supaya langkah-langkah kawalan dapat disemak dan ditambah baik untuk mengelak insiden dari terus berulang dan menyebabkan insiden sebenar berlaku.

Secara keseluruhannya, Pengerusi menegaskan kepentingan KKP untuk warga FK dan meminta pihak JKKP dan staf meneruskan usaha pemantauan aktiviti dan mengambil tindakan susulan terhadap isu-isu KKP.

Fk Jul 19 2

 
Attachment(s):
 
 
Demo