Events Calendar

Download as iCal file
Lawatan Sempena Program Sunathon UNIMAS (SK Tabuan Hilir) ke Muzium Anatomi dan Patologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Monday 03 December 2018
Hits : 1342
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
1.jpg

Lawatan Sempena Program Sunathon UNIMAS (SK Tabuan Hilir) ke Muzium Anatomi dan Patologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

Pada 1 Disember 2018, pihak Muzium Anatomi dan Patologi telah menerima rombongan pelawat sempena Program Sunathon UNIMAS seramai lebih kurang 30 orang yang terdiri daripada guru-guru, peserta program serta ibu bapa peserta program yang berlangsung bermula pukul 8.00 hingga 10.00 pagi.

Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan serta menambahkan ilmu pengetahuan para pelawat terhadap bidang sains perubatan. Selain daripada itu, pelawat juga mendapat ilmu kesihatan dan info mengenai penyakit serta mendapat maklumat tentang penjagaan kesihatan.

Lawatan ini telah dikendalikan oleh Prof. Dr. Mohammad Zulkarnaen bin Ahmad Narihan, Timbalan Dekan (Pembangunan dan Perkhidmatan Klinikal) FPSK, UNIMAS. Beliau turut dibantu oleh dua orang Juruteknologi Makmal Perubatan iaitu Cik Norhadzline Harun dan Puan Liwan Lasem. 

 

Laporan disediakan oleh Puan Herlina ak. Patrick Kukut.

 

2

 

3

 

4

 
Attachment(s):
 
 
Demo