Events Calendar

Download as iCal file
Lawatan SMS Kuching Utara ke Muzium Anatomi dan Patologi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Thursday 11 October 2018
Hits : 2152
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Lawatan Sakura 1.jpg

 

Pada 9 Oktober 2018, pihak Muzium Anatomi dan Patologi telah menerima rombongan pelawat daripada Sekolah Menengah Sains Kuching Utara seramai 151 orang yang terdiri daripada 148 orang pelajar Tingkatan Tiga dan 3 orang guru pengiring.

Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan menyemai minat kepada para pelajar terhadap bidang sains perubatan. Selain daripada itu, pelawat juga mendapat ilmu kesihatan dan info mengenai penyakit serta mendapat maklumat tentang penjagaan kesihatan.

Lawatan ini telah dikendalikan oleh Juruteknologi Makmal Perubatan iaitu Encik Mohd Iswandy bin Ibrahim, Puan Herlina ak. Patrick Kukut, Puan Azimah Ahmad dan Cik Whilemena Upam ak. Herman Ulok

Laporan disediakan oleh Puan Herlina ak. Patrick Kukut

 

 

Lawatan Sakura 2

 

 

Lawatan Sakura 3

 

 

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo