Events Calendar

Download as iCal file
Lawatan Audit Pematuhan Syarat-Syarat Akreditasi Penuh Program Pascasiswazah
Friday 20 April 2018, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1393
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Lawatan Audit Pematuhan Syarat-Syarat Akreditasi Penuh Program Pascasiswazah

 

Universiti Malaysia Sarawak telah menerima Lawatan Panel Auditor MQA untuk Pematuhan Akreditasi Penuh Program Pascasiswazah pada 18-20 April 2018 . Tujuan lawatan adalah untuk memastikan universiti awam telah mengambil langkah-langkah dan tindakan sewajarnya bagi memenuhi syarat-syarat khusus dan cadangan penambahbaikan yang disyorkan bagi menjamin kualiti program pascasiswazah yang ditawarkan.

Lawatan selama dua hari tersebut diuruskan oleh Pusat Pengajian Siswazah dan melibatkan semakan pematuhan akreditasi ke atas Program Pascasiswazah Fakulti Sains dan Teknologi Sumber, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunana Manusia dan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan.

Persiapan awal dan Kerjasama semua pihak yang terlibat seperti Pusat Pengajian Siswazah, Pusat Jaminan Kualiti dan Pembangunan Akademik dan enam Fakulti yang diaudit telah melancarkan urusan sesi auditan dan memuaskan hati panel auditor. Semua cadangan penambahbaikan yang diutarakan boleh membantu UNIMAS dalam meningkatkan kualiti program pascasiswazah dan seterusnya dapat menggalakkan lebih ramai bilangan pelajar pascasiswazah.

 

Pusat Pengajian Siswazah

 

IMG 3993

 
Attachment(s):
 
 
Demo