Events Calendar

Download as iCal file
CIPTA 2017
Monday 22 May 2017, 08:00am
To Friday 26 May 2017
Hits : 1982
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Cetusan Inspirasi Pelajar Tahun Akhir atau CIPTA merupakan acara tahunan pelajar tahun akhir di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif yang telah dihasil daripada penyelidikan dan Projek Tahun Akhir pelajar. Penyelidikan dan projek yang dipamerkan telah menunjukkan kemantapan idea, proses penyelidikan dan aplikasi serta penggunaan media dan teknik terkini yang bersesuaian dengan produk dan karya masing-masing.

Acara ini berbentuk akademik dan berpotensi untuk memberi pendedahkan kepada pelajar terhadap aspek penganjuran CIPTA itu sendiri serta membentuk semangat kolektif dan bertanggungjawab di kalangan pelajar yang terlibat. Di samping itu, CIPTA juga memberikan peluang kepada produk dan hasil karya keatif para pelajar untuk diketengahkan dan diperkenalkan kepada khalayak umum dan industri secara tidak langsung mendedahkan kebolehan yang dimiliki oleh pelajar kepada kumpulan sasaran.

Pendedahan ini diharapkan membuka peluang kepada pengkomersialan produk dan hasil karta kreatif yang dipersembahan sejajar dengan matlamat Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN) untuk dijadikan industri kreatif negera berdaya saing dan dinamik untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negera dan memartabatankan budaya bangsa.

Semua dijemput hadir!

Ikhlas, 
Pengerusi CIPTA2017
CIPTA 2017 FB CIPTA 2017 : https://www.facebook.com/CIPTA-2017-827487160655239/

CIPTA2017 poster1

CIPTA2017 poster2

 
Attachment(s):
 
 
Demo