Events Calendar

Download as iCal file
AQUATIC SCIENCE COLLOQUIUM (AQUAColl 2019)
Tuesday 17 September 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1506
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Tanjung Datu National Park –Samunsam Wildlife Sanctuary Marine and Coastal Resources Expedition: Biodiversity Conservation and Sustainable Utilisation

AQUAColl merupakan satu kolokium akuatik bersiri yang dianjurkan oleh Program Sains Akuatik, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS) UNIMAS. AQUAColl 2019 yang bakal diadakan pada 10 Oktober 2019 adalah AQUAColl siri ke-lima yang dianjurkan oleh Program Sains Akuatik, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS) UNIMAS bersama dengan Sarawak Forestry Corporation (SFC). Tujuan AQUAColl 2019 dianjurkan adalah untuk menbentang dan menerbitkan hasil-hasil penyelidikan dari Ekspedisi Saintifik “Tanjung Datu National Park –Samunsam Wildlife Sanctuary Marine and Coastal Resources Expedition: Biodiversity Conservation and Sustainable Utilisation”, satu projek anjuran bersama Program Sains Akuatik, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS) UNIMAS dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) pada tahun 2018. Ekspedisi ini adalah salah satu usaha pembangunan “Tanjung Datu-Santubong Marine and Coastal Conservation Master Plan” oleh Sarawak Forestry Corporation.

Ekspedisi yang sama juga telah berjaya dilakukan pada tahun 2012 antara dua pihak yang dinamakan “Marine Wildlife Expedition at the Pulau Sampadi”. Penemuan saintifik daripada ekspedisi tersebut telah dibentangkan dalam Third Aquatic Science Colloquium pada tahun 2014 (AQUAColl 2014). Sebanyak 16 pembentangan saintifik di AQUAColl 2014 telah diterbitkan di dalam MONOGRAPH AQUATIC SCIENCE COLLOQUIUM 2014- Experience Sharing in Aquatic Research III Pulau Sampadi Marine Life Expedition.

Pada tahun ini, AQUAColl akan diadakan pada 10 Oktober 2019 bertempat di CAIS, UNIMAS. Semua hasil kajian ekspedisi yang dibentangkan dalam AQUAColl 2019 akan diterbitkan dalam MONOGRAPH AQUATIC SCIENCE COLLOQUIUM 2019- Experience Sharing in Aquatic Research V.

Terima kasih
 
b.p FSTS
 
Attachment(s):
 
 
Demo