Events Calendar

Download as iCal file
Lawatan Taylor’s Design School, Taylor’s University ke Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
Thursday 24 January 2019
Hits : 1299
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
1a.jpg

Pada 22 Januari 2019, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif telah menerima kunjungan dari The Design School, Taylor’s University seramai 29 orang pelajar dan 2 orang pensyarah pengiring iaitu En Shamsul Hamimi b. Ab Rahman dan En Vinod J Nair.

Lawatan ke Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif ini adalah sebahagian daripada keperluan modul Intercultural Design. Modul ini memberikan para pelajar peluang untuk memahami peranan reka bentuk dan pereka dalam konteks budaya, politik dan sosial yang lebih luas. Ia bertujuan untuk memperkenalkan pelajar kepada reka bentuk tempatan dan global serta isu reka bentuk melalui keterlibatan agensi, kumpulan atau budaya luar.

Dalam sesi lawatan tersebut, Dr Mastika Lamat turut menyampaikan taklimat ringkas mengenai fakulti dan mereka turut melawat galeri dan kemudahan yang terdapat di fakulti.

Lawatan ini diiringi oleh pensyarah – pensyarah Teknologi Seni Reka, Dr Mastika Lamat, Dr Siti Shukhaila bt Shaharudin, Dr Ahmad Azaini b Abd Manaf, En Muhyiddin bin Mohammed, En Asrul Asshadi bin Mohamad Morni.

 
Attachment(s):
 
 
Demo