Events Calendar

Download as iCal file
Hari Bersama Pelanggan CAIS 2016
Thursday 16 February 2017
Hits : 2407
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
DSC_0162.JPG

Program Hari Bersama Pelanggan CAIS kali yang ke-7 telah diadakan pada 1 Disember 2016 (Khamis) bertempat di Auditorium CAIS. Majlis Perasmian Program Hari Bersama Pelanggan CAIS 2016 telah disempurnakan oleh YBhg Prof Dr Kopli Bin Bujang Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi). Seramai lebih kurang 120 orang jemputan yang terdiri daripada Staf Akademik, P&P, Staf Pelaksana dan Pelajar UNIMAS telah hadir. Selain itu jemputan dari organisasi luar, sekolah – sekolah dan pembekal turut hadir ke majlis tersebut. Program ini merupakan satu komitmen tahunan CAIS kepada pengguna dan Universiti.

Objektif utama mengadakan Hari Bersama Pelanggan adalah untuk merapatkan silaturahim di antara CAIS dengan warga pengguna, di samping berkongsi cerita bersama pelanggan tentang perkembangan perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh CAIS di UNIMAS. Ini adalah selaras dengan peranan CAIS dalam merealisasikan matlamat Universiti dalam mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan inovasi serta ilmu baharu.

Aktiviti-aktiviti yang telah disediakan adalah:

1. Semak Status Akaun Pengguna

2. Pembayaran Denda

3. Perkhidmatan Rujukan Maklumat

4. Perkhidmatan Sokongan Penyelidikan

5. Pendaftaran Kelas Pendidikan Pengguna

6. CAIS OneSearch

7. Pendaftaran Keahlian luar

8. Servei Kepuasan Pelanggan

9. Kuiz dan Permainan

10. Gerai Jualan Buku dan ICT

11. Pameran CAIS

12. Bengkel How To Getting Publish In Impact Journal by Emerald - Auditorium CAIS

13. Bengkel WorldCat Discovery - OCLC di Makmal Komputer Santubong CAIS

Majlis Penyerahan Sumbangan Bahan Bacaan daripada pihak pembekal untuk Projek Book Donation Station bagi Program Khidmat Komuniti CAIS turut diadakan.

Sebanyak 738 naskah buku daripada 10 syarikat pembekal yang telah berbesar hati sudi menyumbangkan bahan bacaan kepada CAIS bagi Program Khidmat

Komuniti tersebut. Projek Book Donation Station merupakan inisiatif CAIS untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan daripada warga UNIMAS serta pembekal-pembekal bagi menyokong Program Khidmat Komuniti. Bahan-bahan yang diperolehi disumbangkan kepada Pusat Sumber Jabatan, Persatuan, Pertubuhan dan sekolah-sekolah di seluruh Sarawak. Setakat ini, CAIS telah menyumbangkan bahan-bahan bacaan kepada 18 buah persatuan, pertubuhan dan sekolah.

Galeri

DSC 0035

DSC 0042

DSC 0059

DSC 0064

DSC 0095

DSC 0137

DSC 0142

DSC 0179

HBP2

 
Attachment(s):
 
 
Demo