Events Calendar

Download as iCal file
CAIS' staffs join UGSO to Vitoria & Madrid Spain
From Monday 19 November 2018
To Wednesday 28 November 2018
Hits : 1459
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
ca.jpg

Program UNIMAS Global Staff Outreach (UGSO) adalah satu program latihan jangka pendek yang diwujudkan khas untuk staf bukan akademik di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Program ini adalah terbuka kepada semua golongan Pengurusan dan Profesional serta Pelaksana.

Penglibatan staf CAIS dalam UGSO kali ini sangat membanggakan. Seramai empat (4) orang staf CAIS yang telah terpilih daripada 6 orang ahli kumpulan akan menyertai Program UNIMAS Global Staff Outreach (UGSO) ke Vitoria dan  Madrid, Sepanyol 19-28 November 2018. Mereka terdiri daripada Puan Norazlina Abdul Rahman & Puan Hejilda Hendrick (Penolong Pengarah Kanan), Cik Noorazerin Alladen (Penolong Pegawai Sistem Maklumat) dan Encik Frederick Jamali (Pembantu Pustakawan Kanan). 

Objektif Program

  1. Memantapkan penggunaan sistem KOHA terutamanya di kalangan staf
  2. Mengembangkan integrasi sistem KOHA dan sistem-sistem lain di UNIMAS atau yang berkaitan
  3. Melihat kepada penggunaan sistem terbuka CORAL dan VUFIND dan kaedah implementasi di perpustakaan
  4. Bergerak ke arah pengkomersilan perkhidmatan berkaitan sistem perpustakaan bersepadu
  5. Mencari peluang untuk menjalankan kolaborasi di peringkat antarabangsa

Sepanyol, Eropah menjadi pilihan adalah kerana hampir kesemua universiti awam di negara ini telah berjaya menggunapakai ketiga-tiga sistem sumber terbuka yang menjadi fokus utama kumpulan iaitu KOHA, CORAL dan VUFIND.

Melalui lawatan ini, diharap peserta dapat menimba banyak ilmu pengetahuan mengenai KOHA di samping mempelajari dan memahami budaya kerja antarabangsa.

 
Attachment(s):
 
 
Demo