Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS ke ARAH SIFAR PENGGUNAAN PLASTIK SEKALI GUNA
Tuesday 28 January 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2782
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Plastic 11

Seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini, UNIMAS dalam peringkat ke arah sifar penggunaan plastik sekali guna secara berperingkat  bermula 6 Januari 2020. Sehubungan itu, mohon semua pihak mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung perkara ini. Antara langkah-langkah yang boleh diambil dengan  serta merta atau sebagai langkah permulaan adalah:

1.Tindakan Urusetia Mesyuarat

  •   Memaklumkan kepada pihak katerer untuk menggunakan jag kaca dan gelas bagi penyediaan minuman dan tidak ada lagi menyediakan  air botol
  •   Memupuk budaya membawa botol air masing-masing (diemel kepada ahli mesyuarat)
  • Menggunakan sepenuhnya water dispenser yang disediakan di bilik mesyuarat masing-masing untuk kemudahan isian semula.
  • Menggantika​n botol minuman plastik dengan botol kaca atau menyediakan jag air;
  • Menggantikan pembalut plastik (plastic wrap) pada piring/pinggan/mangkuk dengan penutup makanan yang boleh diguna semula;
  • Tidak menyediakan pinggan/piring/mangkuk/cawan/kutleri bersifat sekali guna serta mengelakkan penggunaan penyedut minuman plastik;

2. Tindakan PTJ masing-masing

  • Mencetak poster “UNIMAS ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna” untuk dipamerkan di bangunan dan jalan utama bangunan PTJ/ pejabat masing-masing/ ruang kuliah sebagai makluman umum (jika banner, pastikan dipamerkan di tempat yang sesuai di PTJ masing-masing)

3. Tindakan Sebagai Individu ( Warga Staf dan Pelajar)

  • Membawa bekas makanan, sudu, garpu dan penyedut minuman yang boleh diguna semula untuk kegunaan peribadi;
  • Menggunakan woven bag atau beg khas yang boleh diguna semula semasa membeli-belah

 

Pautan di bawah merupakan dokumen kempen "Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030" terbitan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC).

https://www.pmo.gov.my/ms/2019/07/pelan-hala-tuju-malaysia-ke-arah-sifar-penggunaan-plastik-sekali-guna-2018-2030/

Sekian harap maklum dan terima kasih. 

 
Attachment(s):
 
 
Demo