Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS INTERNATIONAL REGATTA 2019
Wednesday 09 October 2019, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1356
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
UNIMAS internatinal ragatta banner.jpg

 

Assallammualaikum wbt & salam sejahtera,

Buat julung kalinya Pusat Sukan UNIMAS akan menganjurkan UNIMAS International Regatta 2019 pada 19-20 Oktober 2019 bertempat di Tasik UNIMAS. Kejohanan ini dibahagikan kepada dua (2) kategori iaitu Kategori Perahu Naga IPT  dengan jarak 500m dan Kategori Kayak Terbuka (200m dan 500m). Kategori Perahu Naga yag dipertandingkan adalah Perahu Naga 12 Pekayuh Lelaki IPT dan Perahu Naga 12 Pekayuh Campuran (8 lelaki + 4 wanita). Manakala Kategori Kayak Terbuka adalah Perseorangan Lelaki 200m, Perseorangan Wanita 200m, Bergu Lelaki 200m, Bergu Wanita 200m, Bergu Campuran 200m, Perseorangan Lelaki 500m, Perseorangan Wanita 500m, Bergu Lelaki 500m, Bergu Wanita 500m dan Bergu Campuran 500m. Pemenang tempat pertama hingga ketiga setiap kategori akan membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai dan pingat.

Kejohanan kali ini telah berjaya menarik penyertaan IPT sekitar Sarawak , Sabah, Brunei Darussalam dan Indonesia. Di antara pasukan yang telah mengesahkan penyertaan adalah Universiti Brunei Darussalam, Universiti Tanjung Pura (Indonesia), Universiti Teknologi MARA Sarawak, Universiti Malaysia Sabah Kampus Labuan (UMSKAL), Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), orang perseorangan dan Universiti Malaysia Sarawak sendiri.

Warga UNIMAS dan orang ramai adalah dijemput hadir untuk menyaksikan Kejohanan UNIMAS International Regatta 2019.

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo