Events Calendar

Download as iCal file
Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2018
Tuesday 05 June 2018
Hits : 1957
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

poster A3 01ATABM

Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu (ATABM) merupakan antara komitmen berterusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam usaha mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Ilmu dan seterusnya menjadikan bahasa Melayu kekal sebagai wahana pembangunan ilmu, penyampaian maklumat dan komunikasi di Malaysia. Anugerah ini selaras dengan matlamat dalam Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Universiti Awam (UA) 2016 hingga 2020.

Ia merupakan anugerah berprestij bagi mengiktiraf ahli akademik di UA yang memperlihatkan pencapaian cemerlang dalam penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu mencakupi pelbagai bidang meliputi sumbangan cemerlang ahli akademik dalam mengembang dan mengguna bahasa Melayu sebagai wahana penyelidikan, penerbitan, pengajaran dan khidmat ikhtisas kepada masyarakat

Sukacita dimaklumkan, permohonan telah dibuka secara rasmi mulai 5 April 2018 (Khamis) hingga 23 Julai 2018 (Isnin). Selaras dengan itu, semua ahli akademik adalah dialu-alukan untuk memohon tertakluk kepada syarat dan peraturan permohonan. Maklumat terperinci mengenai permohonan ATABM 2018 boleh dicapai melalui pautan http://www.mohe.gov.my/atabm

 
Attachment(s):
 
 
Demo