Events Calendar

In The Media
In The Media
  • In The Media
    21 April 2016 08:00am - 21 April 2016 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    abdalla1.jpeg

     

    abdulla2

    abdulla3

    KOTA SAMARAHAN, 21 April 2016 : Pemilihan tajuk perbahasan ‘ Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh’ membawa tuah kepada pelajar antarabangsa UNIMAS, Abdalla Hassan Gharib apabila berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000, piala Perdana Menteri, piala dan hadiah iringan serta sijil selepas dinobatkan juara dalam kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (Pam) di Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM 2016) edisi ke-10 bulan lepas.

     

    Kejayaan Abdalla dari Zanzibar, Tanzania itu sekaligus membuktikan pelajar antarabangsa boleh mengadaptasikan persekitaran dengan baik sekaligus membantu mengharumkan nama universiti masing-masing.

     

    Naib Canselor UNIMAS, Profesor Dato’ Dr Mohamad Kadim Suaidi turut menyampaikan rasa penghargaan dan gembira beliau dengan kejayaan pelajar antarabangsa UNIMAS selama ini.

     

    “ Kita berharap agar pelajar antarabangsa UNIMAS boleh berjaya dalam pelbagai jenis bidang termasuklah bidang penyelidikan dan sebagainya,” katanya selepas mengadakan perjumpaan singkat bersama Abdalla di pejabat Naib Canselor, petang kelmarin.

     

    Turut berada dalam perjumpaan singkat tersebut ialah dua pelajar antarabangsa yang berjaya mendapat tempat ketiga dalam pertandingan nyanyian lagu Bahasa Melayu iaitu Darusman Masud dan Yvonne Dodzi Ami Adjakloe.

     

    Abdalla, 36, pelajar PhD dari Fakulti Sains Komputer UNIMAS, tidak menyangka ...





  • In The Media
    14 June 2017 08:00am - 24 June 2017 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    TYCO6396_2.jpg

     

    Program Ahli MASNITAku Sayang

     

    Kota Samarahan, 14 Jun 2017 – Sempena Ramadhan dan Perayaan Aidilfirti 1438H yang akan menjelang tiba, Yang Dipertua Masnita MASNITA, Datin Kartini Ahmad telah mengagihkan cenderahati kepada 327 ahlinya yang aktif. Proses agihan dilaksanakan dengan lancar melalui kerjasama daripada Ahli Jawatankuasa MASNITA dan juga wakil-wakil MASNITA di setiap Pusat Tanggunjawab (PTj) masing-masing.

    Majlis yang dikelolakan oleh Biro Projek Khas dengan kerjasama Bendahari dan Penolong Bendahari MASNITA telah membuat persiapan sebulan lebih awal untuk menyemak senarai ahli yang aktif untuk tujuan pemberian cenderahati ini. Aktiviti gotong royong untuk membungkus agihan mengikut PTj juga telah dibuat seminggu sebelum majlis berlangsung.

    Program pemberian cenderahati ini adalah merupakan acara tahunan MASNITA sebagai penghargaan kepada semua ahli yang aktif menyumbang dan meyokong  pelaksanaan semua aktiviti yang dijalankan.

     

    TYCO6396 2

     

     

    TYCO6403 2





  • In The Media
    14 June 2017 08:00am - 24 June 2017 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    TYCO6353_3.jpg

     

    Sumbangan MASNITA kepada Pelajar UNIMAS dan Balu Sempena Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1438H

     

    Kota Samarahan, 13 Jun 2017 – Seramai 30 orang pelajar dan lima orang balu staf UNIMAS telah menerima sumbangan Ramadhan anjuran Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA) dalam majlis yang disempurnakan oleh YBhg Prof Dato’ Dr Mohamad Kadim bin Suadi, Naib Canselor UNIMAS dan isteri Datin Kartini Ahmad yang juga selaku Yang Dipertua MASNITA.  

    Majlis yang berlangsung di Auditorium PKMA UNIMAS tersebut juga turut dihadiri oleh YBhg Prof Mohd Fadzil Abd.Rahman dan beberapa AJK MASNITA yang lain.

    Penyampaian Sumbangan Ramadhan ini adalah bertujuan untuk meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik dalam menyambut Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri dan nanti. Program tahunan ini juga merupakan salah satu aktiviti sempena sambutan 25 tahun UNIMAS. Harapan MASNITA ialah supaya penubuhan Persatuan MASNITA ini dapat dirasai kewujudannya oleh masyarakat setempat disamping mendedahkan ahli kepada aktiviti khidmat masyarakat.

    TYCO6353 3

     

    TYCO6295 2

     

    TYCO6209 2

     





  • In The Media
    20 June 2017 08:00am - 24 June 2017 11:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    2.jpg

     

    Sumbangan kepada Ibu Tunggal, Warga Tua dan OKU di Kampung Telaga Air

     

    19 Jun 2017 –  Syukur alhamdulilah, bagi menghidupkan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, Pusat Pengajian Siswazah dengan kerjasama Bahagian Dasar dan Integriti dan  Bahagian Pembangunan Modal Insan, sekali lagi menjejakkan kaki di Kampung Telaga Air selepas program yang sama dilaksanakan pada Ramadhan tahun lepas. 

     

    Seramai 16 orang penerima sumbangan telah dihimpunkan yang terdiri daripada golongan ibu tunggal, warga  tua dan OKU.  Penyerahan sumbangan berbentuk makanan dan  wang tunai dalam majlis yang serba sedarhana ini telah disempurnakan oleh Dekan Pusat Pengajian Siswazah Prof Dr Fasihuddin Badruddin Ahmad.  Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan  yang memerlukan. 

     

    1

     

    2

     

    3





  • In The Media
    25 May 2018 08:00am - 25 May 2018 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    WhatsApp Image 2018-05-25 at 16.00.55.jpeg

     

    Kota Samarahan, 25 Mei 2018 – Seramai 20 orang pelajar dan 6 orang staf UNIMAS telah menerima sumbangan sempena perayaan Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri dalam majlis yang disempurnakan oleh Setiausaha MASNITA, Puan Laila Abang Ahmad yang mewakili Yang Dipertua MASNITA Datin Kartini Ahmad.

    Majlis yang berlangsung di Auditorium PKMA UNIMAS tersebut juga turut dihadiri oleh beberapa AJK MASNITA. Penyampaian Sumbangan tersebut adalah bertujuan untuk menceriakan mereka yang kurang bernasib baik. Harapan MASNITA ialah supaya penubuhan Persatuan MASNITA ini dapat dirasai kewujudannya oleh masyarakat setempat disamping mendedahkan ahli kepada aktiviti khidmat masayakat.





  • In The Media
    26 May 2018 08:00am - 26 May 2018 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    WhatsApp Image 2018-05-26 at 05.51.15.jpeg

     

    Kota Samarahan, 25 Mei 2018 – Sempena Ramadhan dan Perayaan Aidilfirti 1439H MASNITA telah mengagihkan cenderahati kepada ahlinya yang aktif. Proses agihan dilaksanakan dengan lancar melalui kerjasama daripada Ahli Jawatankuasa MASNITA dan juga wakil-wakil MASNITA di setiap Pusat Tanggunjawab (PTj) masing-masing.

    Majlis yang dikelolakan AJK MASNITA ini telah membuat persiapan sebulan lebih awal untuk menyemak senarai ahli yang aktif untuk tujuan pemberian cenderahati ini. Aktiviti gotong royong untuk membungkus agihan mengikut PTj juga telah dibuat seminggu sebelum majlis berlangsung.

    Program pemberian cenderahati ini adalah merupakan acara tahunan MASNITA sebagai penghargaan kepada semua ahli yang aktif menyumbang dan menyokong pelaksanaan semua aktiviti yang dijalankan.





  • In The Media
    04 June 2018 08:00am - 04 June 2018 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    masnita 2.jpg

     

    26 Mei 2018 (Sabtu) - Majlis Penyerahan Sumbangan Ramadhan 2018 kepada Pusat Pengajian Tafaqquh Tahfiz Al-Makki Kota Samarahan dan Pusat Tahfizul Al-Quran Al-Munawwarah Taman Sorabaya Kuching telah berlangsung dalam suasana penuh mesra dan muhibbah bertempat di Madrasah tersebut.

    Sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak RM2,000.00 untuk setiap pusat tahfiz telah disampaikan oleh MASNITA pada hari tersebut. Aktiviti pemberian sumbangan ini merupakan aktiviti tahunan MASNITA.

    Program kelolaan MASNITA ini juga menyaksikan pemilihan beberapa Madrasah Pengajian Islam sekitar Kuching dan Samarahan sebagai penerima setiap kali menjelang Ramadhan.

    Hadir bersama dalam majlis tersebut adalah Puan Sharifah Ramlah Wan Ismail (Timbalan Yang Dipertua MASNITA) diiringi oleh beberapa AJK MASNITA yang turut sama mejayakan majlis tersebut.

     

     

    masnita 1

     

     





  • In The Media
    04 June 2018 08:00am - 04 June 2018
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    masnita_28.jpg

     

    2 Jun 2018 – Pada Ramadhan 2018, seramai 31 orang anak-anak yatim dan yang kurang berkemampuan dari sekitar Kuching telah menerima sumbangan sebanyak RM4,500.00 daripada Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA) untuk keperluan membeli pakaian sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.

    Program ini telah dihadiri oleh YBhg Datin Kartini Ahmad, Yang Dipertua MASNITA dan YBhg Prof Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suadi, Naib Canselor UNIMAS serta diiringi oleh AJK MASNITA lain.

    Program yang diadakan bertempat di Mydin Petra Jaya turut juga dihadiri oleh Encik Sutaghani Bin Ahmad Zaidoll, Area Mall Manager Sarawak (Mydin). Pihak Mydin juga telah membuat agihan bubur lambuk kepada anak-anak yatim dan yang kurang berkemampuan dan juga peserta AJK MASNITA.

    Program sumbangan seumpama ini adalah sebagai tanda keprihatinan MASNITA terhadap mereka yang kurang bernasib baik dengan harapan kewujudan MASNITA khususnya dan UNIMAS khasnya dapat dirasai oleh masyarakat setempat.

     

    WhatsApp Image 2018 06 04 at 12.05.21





  • In The Media
    16 July 2018 08:00am - 16 July 2018
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    WhatsApp Image 2018-07-16 at 4.44.12 PM.jpeg

     

    MAJLIS RAMAH TAMAH AIDIL FITRI MASNITA 2018

    Kota Samarahan, 13 Julai 2018 – Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA) mengadakan Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri, bertempat di Dewan Kristal, Hal Ehwal Pelajar.

    Antara tetamu kehormat yang turut hadir memeriahkan Majlis ini ialah Yang Berbahagia, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong bin Matjeraie, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor UNIMAS, Timbalan-Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Ahli Lembaga Pengarah Universiti serta para Dekan dan Pengarah Universiti.

    Yang Berbahagia Datin Kartini Ahmad, Yang DiPertua MASNITA dalam ucapan aluannya menyebut bahawa tujuan utama majlis Ramah Tamah Aidilfitri ini diadakan adalah sebagai salah satu usaha untuk merapatkan jalinan silaturrahim dalam kalangan ahli.

    Majlis berlangsung dengan penuh mesra dan meriah dengan sorotan klip video mengenai aktiviti-aktiviti MASNITA sepanjang tahun 2018. Kemeriahan majlis ditambah dengan aktiviti cabutan bertuah yang menyaksikan para hadirin bertuah membawa pulang hadiah tanda kenangan daripada MASNITA.

     

    WhatsApp Image 2018 07 16 at 4.43.41 PM

     

     

     





  • In The Media
    05 December 2018 08:00am - 05 December 2018 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    WhatsApp Image 2018-12-05 at 10.05.25 AM.jpeg

     

    Kota Samarahan, 1 Disember 2018 - Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA) telah menganjurkan Pertandingan Boling Trios Piala Pusingan YBhg Datin Kartini Ahmad bertempat di Megalanes Bowling, Batu Kawa, Kuching.

    Pertandingan Boling merupakan aktiviti sukan tahunan bagi MASNITA. Pada tahun ini MASNITA telah membuka pertandingan boling kepada semua ahli MASNITA bagi merapatkan lagi silaturahim di antara ahli persatuan tersebut.

    Sebanyak 24 pasukan telah berentap bagi merebut hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan untuk pertandingan bowling pada kali ini. Setiap peserta yang telah mendaftar juga turut menerima cenderahati masing-masing daripada YBhg Datin Kartini Ahmad





Demo