Events Calendar

Stories
Stories
  • Stories
    12 September 2018 - 12 September 2018
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    Jom_Baca_10_minit_2018.jpg

     

    CAIS dengan kerjasama UNIMAS Publisher sekali lagi telah berkolaborasi dalam Program Cinta Ilmu 2018. Ia bagi meraikan sambutan Hari Buku & Hak Cipta Sedunia. Program ini telah berlangsung selama dua hari iaitu 24-25 April 2018. Acara perasmian pada kali ini diserikan dengan gimik perasmian dan pelancaran buku baharu dari UNIMAS Publisher, persembahan bercerita daripada anak-anak Sedidik Perdana dan Bicara Buku oleh penulis UNIMAS disamping bacaan serentak seluruh negara dalam aktiviti Jom Baca 10 Minit. CAIS juga telah menyerahkan sumbangan bahan bacaan kepada 3 buah sekolah yang terpilih iaitu SMK(A) Tun Ahmad Zaidi (TUNAZ), SK Semada Serian dan SK Kpg Baru Kota Samarahan.Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyemai minat membaca dalam kalangan masyarakat kita khasnya pelajar untuk menambah ilmu pengetahuan dalam sesuatu perkara. Kita sering mendengar ungkapan “Membaca adalah nafas hidup dan Jambatan Ilmu”. Melalui pembacaan, masyarakat menjadi lebih berilmu dan dapat memantapkan kemahiran yang sedia ada. Melalui sambutan Hari Buku & Hak Cipta Sedunia ini diharap akan menjadi pemangkin dan pencetus budaya membaca melalui aktiviti-aktiviti promosi galakan membaca, kegiatan penerbitan dan pembukuan serta perlindungan harta intelek melalui hak cipta.





  • Stories
    18 October 2018 - 18 October 2018
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    kborneo.jpg

     

    kborneo10102018

    10 Oktober 2018, Kota Kinabalu: PKMA terus berkolaborasi dan menyokong K@Borneo. K@Borneo atau sinonim merujuk Knowledge di Borneo adalah merupakan satu kolaborasi pintar antara organisasi -organisasi di tiga buah negara iaitu di Malaysia melibatkan Sabah dan Sarawak, Brunei dan  juga Kalimantan, Indonesia seawal 2001 lagi atas inisiatif Pustaka Negeri Sarawak. Pada 10 Oktober 2018 yang lalu selepas tamat tempoh Yayasan Sabah mejadi urus setia selama dua penggal dan Ketua Pustakawan Perpustakaan Penyelidikan Borneo Tun Haji Mohd. Fuad Stephens, En Zainudin Saridi yang juga merupakan Pengerusi Pro Tem K@Borneo bermula 2015. Kini tibalah giliran menyerahkan kembali kepada Pustaka Negeri Sarawak untuk menjadi urusetia bagi tahun 2018-2020. Satu majlis penyerahan dokumen telah dilakukan di Kompleks Menara Tun Mustapa, Kota Kinabalu Sabah pada 10 oktober 2018 di antara Pengerusi Pro Tem K@Borneo En Zainudin Saridi kepada Dr Hajah Rashidah Bolhasan, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak disaksikan oleh Pengarah Yayasan Sabah Dato Haji Jamalul Kiram Bin Datuk Haji Mohd. Zakaria. Mesyuarat kali pertama K@Borneo 2018 juga telah berlangsung pada hari yang sama dipengerusikan oleh Pn. Arpah Adenan yang merupakan pengerusi K@Borneo yang baharu. PKMA merupakan antara organisasi yang turut hadir menyatakan sokongan dan komitmen yang sepenuhnya untuk terus menyertai kerjasama ini. Antara yang turut dibincangkan ...





  • Stories
    08 November 2018 - 12 November 2018
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

     

    24-25 Oktober 2018,FSGK,UNIMAS - Siri Kembara Ilmu CAIS yang terakhir bagi tahun 2018 telah diadakan pada 24-25 Oktober 2018 sempena Hari Terbuka iCreaTe yang di adakan di Galeri Fakulti Seni Gunaan & Kreatif. Sebanyak 16 buah buku telah dipinjam daripada 55 buah buku yang dibawa semasa Kembara Ilmu tersebut.

    DSC 0082

    DSC 0092

    Booth pameran CAIS pada kali ini telah berjaya menarik perhatian pengunjung. Antara soalan-soalan yang diajukan ialah berkaitan dengan keahlian luar, jumlah peminjaman dan kelas literasi maklumat.

    DSC 0141

    DSC 0197

    Kuiz matematik menjadi kegemaran pelajar-pelajar dari Sekolah Seni Malaysia Cawangan Sarawak, SMK Wira Jaya, Penrissen dan SMK Setia Raja, Tabuan. Selain itu juga mahasiswa UNIMAS diuji dengan soalan ringkas berkaitan CAIS melalui kuiz kod QR.





  • Stories
    19 November 2018 - 28 November 2018
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    ca.jpg

     

    Program UNIMAS Global Staff Outreach (UGSO) adalah satu program latihan jangka pendek yang diwujudkan khas untuk staf bukan akademik di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Program ini adalah terbuka kepada semua golongan Pengurusan dan Profesional serta Pelaksana.

    Penglibatan staf CAIS dalam UGSO kali ini sangat membanggakan. Seramai empat (4) orang staf CAIS yang telah terpilih daripada 6 orang ahli kumpulan akan menyertai Program UNIMAS Global Staff Outreach (UGSO) ke Vitoria dan  Madrid, Sepanyol 19-28 November 2018. Mereka terdiri daripada Puan Norazlina Abdul Rahman & Puan Hejilda Hendrick (Penolong Pengarah Kanan), Cik Noorazerin Alladen (Penolong Pegawai Sistem Maklumat) dan Encik Frederick Jamali (Pembantu Pustakawan Kanan). 

    Objektif Program

    1. Memantapkan penggunaan sistem KOHA terutamanya di kalangan staf
    2. Mengembangkan integrasi sistem KOHA dan sistem-sistem lain di UNIMAS atau yang berkaitan
    3. Melihat kepada penggunaan sistem terbuka CORAL dan VUFIND dan kaedah implementasi di perpustakaan
    4. Bergerak ke arah pengkomersilan perkhidmatan berkaitan sistem perpustakaan bersepadu
    5. Mencari peluang untuk menjalankan kolaborasi di peringkat antarabangsa

    Sepanyol, Eropah menjadi pilihan adalah kerana hampir kesemua universiti awam di negara ini telah berjaya menggunapakai ketiga-tiga sistem sumber terbuka yang menjadi fokus utama kumpulan iaitu KOHA, CORAL dan VUFIND.

    Melalui lawatan ini, diharap peserta dapat menimba banyak ...





  • Stories
    10 July 2020 - 10 July 2020
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    ks_2.jpg

     

    Sesi Perkongsian Ilmu PeTARY Siri 1/2020 dibuat secara atas talian menggunakan platform Microsoft Team. 2 kumpulan peserta terlibat dalam sesi ini, 1 kumpulan di Bilik Mesyuarat PeTARY dan 1 kumpulan di Makmal Komputer Santubong.

    Pembentangan 1 -  Workshop on Evidence Based Medicine (EBM) For Libraries

    Pembentangan 2 - Latihan Penggunaan Sistem Kataloq Induk Kebangsaan (KIK)

    Pembentangan 3 - Lawatan Kerja ke Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak Bagi Tujuan Penandaarasan Akrib UNIMAS

    Pembentangan 4 - Gamification Seminar 2019





  • Stories
    14 July 2020 - 14 July 2020
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    design_a.jpg

     

    Tahniah diucapkan kepada Puan Sri Muniarty atas keterlibatan dalam program sukarela menghantar pelajar balik ke kampung halaman bermula dari 2-20 Mei 2020 (sepanjang tempoh PKP/COVID-19)

     





  • Stories
    28 July 2020 - 28 July 2020
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    cashless_1.jpg

     

    Taklimat penggunaan mesin kad debit/kredit untuk pembayaran denda secara cashless yang akan mula digunakan pada Ogos 2020. 

    #petaryunimas #libraryunimas #unimas #library #cashless

    cashless 2cashless 3

     





  • Stories
    19 August 2020 08:00am - 19 August 2020
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    awalmuharram.jpg

     





  • Stories
    01 April 2022 - 01 April 2022
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    UNIMAS News template copy.jpg

     





  • Stories
    11 October 2022 08:00am - 11 October 2022 05:00pm
    by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

    eLEAP Onboarding.png

     





Demo